Tampilkan postingan dengan label Student Comment. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Student Comment. Tampilkan semua postingan

Selasa, November 30, 2010

Kelas Intensive Fullcake Decorating

Kelas Intensive fullcake Decorating dimeriahkan dengan kehadiran kak Ana yang mengambil pakej kelas Intensive .
Kemudian tarikh 13 feb 2010 diramaikan dengan kehadiran my lovely student Deeya dari Batu Pahat Johor dan Nurul dalam kelas Intensive.Shuzi dalam kelas 3 tier weddingcake/barbie fondantcake dan Erni dikelas Novelty cake.
ini adalah email yang baru sahaja saya terima dari Deeya Batu Pahat Johor :-)

from Siti Norfadiah
to lovelianacakes@gmail.com
date Tue, Feb 16, 2010 at 12:44 PM
subject Salam kak...

Assalammualaikum..
Akak thanks 4 everything.. rase lapang & hepi sangat hati ni dah dapat pegi kelas akak...ape yg bermain2 kat fikiran dah terjawab semuanya..mmg betul dlm mase 2 hari saya dah pandai deko kek2 yg cantik..sgt mudah rupenye..excited..kalo boleh hari2 nk buat kek..heheh..yg buat sy lebih bersemangat bila smpai kat batu pahat..kebetulan sepupu ade majlis kawen so deeya pon bagi la beberapa kek pada dia..tetamu yg datang cakap kek yg deeya buat cantik sgt kalah kek pengantin yg ditempah sepupu deeya dari bakery...mula la ramai yg tanye tentang harga la..nk tempah mcm mane...aduh! biar betul, secepat nie ker..deeya ingat pesan akak...kita kena yakin dgn diri kita..so..deeya beranikan diri utk ambil tempahan kek pengantin bulan mac nanti..akak doakan deeya berjaya yer.. deeya takkan pernah lupa jasa akak mencurahkan segala ilmu pd deeya..semoga Allah membalasnya...deeya takkan sia2 kan penat lelah akak ajar deeya..insyaAllah..deeya akan manfaatkan sebaiknya untuk berjaya juga suatu hari nanti...1000kali deeya ucapkan terima kasih.. xcukup untuk gambarkan betapa deeya bersyukur dapat belajar dengan akak...
sincerely..
Deeya =D
Tarikh 14 feb 2010 semakin meriah,dengan kehadiran Deeya dan nurul yang menyelesaikan kelas Intensive. Aziza dikelas 3 tier weddingcake dan cupcakes serta kehadiran Murni Baba,Julaiah dan anak saudaranya dalam kelas cupcakes.
Pada tarikh 15 feb 2010 pula Julaiah menyelesaikan kelas cake hantaran,cake fondant dan kelas novelty cakenya :-)

Kamis, Maret 18, 2010

Kelas Intensive Fullcake Decorating

Kelas Intensive fullcake decorating 20 dan 21 februari 2010 dimeriahkan dengan kehadiran my lovely student dari jauh, Anna dari Kuantan, Nisya Dari negeri sembilan-Seremban, Azura my ex student yang sentiasa rajin mengikuti kelas-kelas di Loveliana cakes dan hasliza. dan dikarenakan Azura adalah seorang volunteer utk sebuah rumah kebajikan anak-anak yatim, maka saya dan azura sekaligus memulai project  membuat cake dan cupcakes utk disedekahkan kpd 50org anak-anak yatim yg 3 org diantaranya akan merayakan hari jadi, berapa bijik cake dan cupcakes yg kami buat? biarlah ia menjadi rahsia untuk saya dan azura hehehe.. tapi sungguh! saya amat berbangga hati dengan activity student saya ini, saya berharap di masa yang akan datang kami akan dapat bekerja sama lagi dan saya berharap semakin banyak anak-anak muda yang tergerak hatinya utk menjadi volunteer bagi sesama hamba Allah yang memerlukan bantuan.
Gembira saya menerima email dari Nisya, salah seorang student yang join dalam kelas kelmarin. mari kita baca emailnya bersama-sama yea :-)

from nisya madi
to lovelianacakes@gmail.com
date Thu, Feb 25, 2010 at 12:57 AM
subject Respond on intensive full cake course..

Salam kak liana..

Saya nisya dr sban student class intensive full cake last weekend (20&21 Feb 2010).
I really enjoy your class..byk ilmu yg nisya dpt dlm class akak..
btw, after your class nisya ada invite friends, relatives n neighbors dtg rumah n show them my hasil kerja..
sumer puji dgn kek2 yg dihias cantik tu..malah nisya dh dpt order tuk cupcakes..
thanks to you..
now, i follow you advise tuk wat bunga buttercream 30 pcs every day..
yep..practices make perfect..
 thanks to you again..

hope next time can join your chocolate class n akak x serik nk ajar nisya yg banyk x tau nie....

rgds,
nisya -sban 

Liana :
Wa'alaikumsalam Nisya
sayapun mengucapkan banyak2 terimakasih karena sudi join dalam kelas akak, InsyaAllah kelas chocolate praline akan dibuka dalam masa tidak lama lagi, tunggu..!! :-))

tarikh 21 februari 2010 pula semakin meriah dengan kehadiran siti habsah,eliza dan juliza..lihatlah wajah-wajah ceria mereka..dan bahagia saya dapat berkenalan dengan mereka semua..:-))

Minggu, Februari 28, 2010

Kelas Cake/Cupcakes Decorating

Ceria-ceria..begitulah kira2 gambaran kelas-kelas Cookies,Cupcakes dan Cake Decorating yang berlangsung selama 2 hari full 27 dan 28 Februari 2010 Minggu ini
Kelas Intensive dihadiri oleh my lovely student, Haliza dari Negeri Sembilan-Seremban dan Hasnida putrajaya..keduanya adalah zero knowledge dalam mendeco namun dengan bimbingan pengajar yang berpengalaman serta dengan tehnik2 yang mudah utk dpahami,maka hanya dalam masa 1 hari sahaja.liza dan Nida sudah boleh mendeco ke lima design cake ini, semua deco dibuat mulai dari basic dengan belajar membancuh 2 jenis buttercream, belajar membancuh topping coklat ganache, belajar cara2 frosting/menyapu cake dengan tehnik yang cepat dan licin, serta mendeconya sekali. kelas bermula pukul 10 am dan siap dalam pukul 6petang.kelas Intensive adalah kelas dengan module terlengkap dalam kelas ini anda akan belajar buttercream,coklat ganache dan fondant.
Dihari kedua dalam kelas membuat 3 tier wedding cake dengan tehnik steamed buttercream,haliza dan nida ditemani oleh Liza dan fadillah.Kelas bermula pukul 10 am dan siap dalam pukul 1.30 pm
Selepas kelas weddingcake dilanjutkan dengan kelas cupcakes dan fancy cookies yang dihadiri oleh nana,irni,husna,nida,liza,illa dan normashuri.

Minggu, Februari 21, 2010

Email dari Student

Email ini dari my ex Student Asmaa, orangnya cantik,ramah dan sentiasa berhemah, tentu saya tidak akan pernah lupa padanya :-) pada saya, kebahagiaan saya adalah ketika sedikit ilmu cetek yg saya berikan ini dapat di manfaatkan dengan sebaik-baiknya dan boleh mendatangkan kebaikan pada semua orang terutama kepada student-student saya :-))pesan saya utk kesemua student-student yang pernah belajar di Loveliana cakes..untuk terus rajin dan tekun dalam berkarya.semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmatnya utk kita semua Amin..

thanks Asmaa utk kiriman gambar roses buttercream yang cantik ini :-))
from jue yusoff
to lovelianacakes@gmail.com
date Thu, Feb 18, 2010 at 6:56 AM
subject Thank you my sifu....

Salam Kak Liana..
masih ingat tak asmaa yang datang bersama2 kak faridah,kak fauziah dan fairuz untuk menuntut ilmu ngan akak bulan disember lalu..sekarang saya dah mula memberanikan diri mengambil tempahan untuk pertunangan dan perkahwinan.Terima kasih atas segala tunjuk ajar kak liana yang sangat berguna untuk saya.

Semua kawan-kawan saya kagum tengok roses saya walaupun ianya masih lagi perlu diperbaiki, hihi.Segala pujian yang saya terima adalah buat kak Liana juga.

Thank you sooooo much once again Jika ada kelapangan,jemput la melawat ke blog saya
http://aunideluxecakes.blogspot.com/

Selasa, Februari 02, 2010

Kelas Intensive cake decorating 16-17 jan 2010

Kelas Intensive Fullcake Decorating 16 dan 17 januari 2010 Januari dihadiri oleh para my lovely student yang cantik-cantik nie antara lain Lieza Alie dari Seremban dan Siti hajar from Ampang.join juga dikelas chocolate roses Nieza dari kelate.duh.. semua studentku happy dengan cake masing-masing :-))

1 comments:

LiEza ALi said...

Hai Kak Liana.

Terima kasih byk2 atas ilmu yg telah akak ajar. Mmg berbaloi menghadirkan diri ke kelas akak. Dgn sistem pembelajaran yg baik dan diajar sampai dpt segala deco yg diajar.
Dgn suasana yg harmoni seperti family.
Jgn lupa infm saya for class Fondant and Gumpase, teringin sgt nk attend that class..
Once again, tks a lot ye kak....!!!

beberapa cake yang sudah siap di deco oleh lieza,siti hajar dan cake chocolate roses nieza
tarikh 17 Jan 2010 lieza dan siti hajar melanjutkan kelas Intensive dengan belajar mendeco weddingcake,barbie fondant cake,cupcakes dan Fancy cookies.kemudian kelas juga diramaikan dengan kehadiran siti hajar from melaka (ada 2 siti hajar dalam kelas saya hari tu :-)) dan kakaknya yg join dalam kelas novelty cake serta photocake ,tak ketinggalan Pn,Zahara yang juga join dalam kelas fancy cookies.

Senin, Februari 01, 2010

Intensive Fullcake Decorating Class

Hehehe sejujurnya 2 hari ini , saya tengah berseronok dengan shikin sekeluarga yang datang dari Batu Pahat Johor untuk join dalam kelas Intensive Fullcake Decorating, Shikin datang dengan 2 orang anak daranya yang cantik2 shasha dan yuyul, shikin yang masih awet muda ini ( bener kin, kamu cantik sekali ,ayo donk bagi saya resepi awet mudanya hahaha) ditemani oleh sahabatnya rose dan anak sedaranya finas. semua mengaku zero knowledge dalam mendeco cake namun saya cukup happy mengajar mereka dalam suasana kelas yang sungguh enjoy dan rilex.ada banyak cerita yang kami kongsi bersama diselingi oleh gelak tawa dan canda..
Dihari kedua pula saya kedatangan tamu istimewa, Sahabat saya, Mama Lea Oven yang sudah populer sebagai tokey cuppies di area subang jaya, ikut join sama dalam kelas fullcake deco hari tu ( Nah ini juga, saya harus minta resepi awet muda dengan mama lea, siapa sangka wanita cantik ini sudah punya anak dara kan hehehe) , jadi lengkaplah sudah kebahagiaan saya apabila mendapat email dari shikin pagi ini..jom kita baca sama2 emailnya
from U. Nor Ashikin U. Ahmad
to lovelianacakes@gmail.com
date Fri, Jul 10, 2009 at 9:04 AM
subject Terima Kasih

Salam buat Liana yang sentiasa ceria,
Kami telah selamat sampai jam 1 pagi, dari rumah liana saya ke KL semula makan-makan, sama shasha kerana semalam bday shasha. Terima kasih yang tak terhingga untuk saya, ucapkan untuk Liana kerana tidak lokek dan tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya.
Walaupun penat tapi sungguh enjoy.

Hari ini saya membawa hasil kerja ke pejabat untuk ditujukkan kepada rakan-rakan ada yang, sudah bertanya berapa harga kalau hendak tempah. Hehehee malu gak maklumkan baru
tak pernah deco pun selama nie. Mereka terkejut lihat hasil sebegitu hanya dengan 2 hari, belajar sahaja.

Terima kasih sekali lagi yer Liana. Pasti saya akan datang lagi ke kelas deco yang lain. Saya doakan Liana akan sentiasa sukses. Sampai Jumpa Lagi. Maaf yer kalau ada kelakuan atau tutur kata yang tidak disenangi.

Bye and Take Care
Shikin.
Pelbagai deco cake yang dihasilkan selama 2 hari full.ada basketweave,barbie fondant cake, 3 tier weddingcake,cupcakes dan fancy cookies,photocake dan novelty cake.

Minggu, Januari 03, 2010

Kelas Intensive Fullcake Decorating, Januari 2010


1 comments:

yani - 0129145449 said...

Hi kak liana..best betul join kelas akak.terima kasih di atas ilmu dan tunjuk ajar yg diberi



Selasa, Desember 08, 2009

Kelas2 Sepanjang Bulan Disember

Berikut adalah gambar2 kelas cake decorating bulan disember,wajah ceria para student Loveliana Cakes , yang bukan sahaja dapat membawa pulang cake yang cantik2 utk ditunjukkan kepada orang tersayang dirumah, lebih dari itu mereka telah pulang dengan membawa skill dan kemantapan hati utk mencuba berniaga sendiri dari rumah. tahniah kepada semua student Loveliana Cakes, tiada lain harapan dan doa saya,semoga Allah SWT Sentiasa berikan jalan yang mudah untuk kita bersama-sama menuju kejayaan dalam berniaga.amiin...ya rabbal alamiin


terharu saya apabila menerima salah satu email dari ex student saya ini :-))..

from Yatie
to loveliana
date Mon, Dec 7, 2009 at 9:13 PM
subject Tks

salam ayu ..k.yati adalah one of yr student .. pnh belajar deko cc this year dgn ayu .. tima kasih atas ilmu yg dicurahkan dan last month baru ada kayakinan utk amik tempahan cc .. jemput singgah ke blog k.yati ..really hope ayu can add me in yr LOVELIANA STUDENTS SUCCESS .. wlpn blm sukses lagi hehe .. hepi sangat tengok hasil2 deko cc yg cukup sweet .. tks again..customer puji yr resipi sangat sedap .. tks again ..my cc blog add ;;;; jengok jgn x jengok .. hehe

With lots of love,
Yatiezaini, Kemaman









Jumat, Juni 26, 2009

Intensive Decorating Class 25-26 June 09

Tarikh 25 dan 26 June 2009 Kelas Intensive fullcake decorating di hadiri oleh 3 sekawan, mas dari kelantan ,adila dan norihan dari kedah.dalam kelas ini ke 3 student belajar intensive secara private membuat 7 jenis design cake sekaligus selama 2 hari full. gembira saya apabila mendapat email-email dari student saya ini :-))
from Norrihan Arshad
to liana cakes
date : Mon, Jun 29, 2009 at 9:53 AM
subject RE: Salam kak liana.............
saya dah selamat sampai ke kedah pagi tadi pukul 3 am...bertolak dari puchong pukul 9pm... terima kasih sebab sudi terima saya belajar...mintak maaf kalau terlebih tanya atau terlambat pick up ajaran kakak sepanjang kelas..... Seronok belajar, kawan baru pun dapat.... kek2 tu tak sempat dibawa balik ke kedah sebab dah dimakan semuanya oleh budak2....
----------------------------------------------------------
from mas mohd
to Loveliana Cakes
date Sat, Jun 27, 2009 at 1:32 PM
subject salam

assalamualaikum kak liana..
mas dah selamat sampai ke rumah jam 5 pagi tadi. alhamdulillah kek semuanya selamat, kecuali basketweave yg rosak sedikit but still nampak rupa basket.terima kasih untuk semua ilmu yg kak liana ajar 2 hari lepas. rasa macam dream comes true, dah pandai deco kek sendiri.. lepas ni tak payah la beli kek di kedai lagi.. but yang best nya semalam tidur dalam kereta termimpi-mimpi buat bunga ros lagi.. nampaknya lepas ni mas kena banyak practice untuk buat bunga supaya lebih cantik macam yang kak liana buat.

once again thanks so much for everything you've taught me. next time kalau ada peluang lagi saya nak attend kelas kak liana yang lain pula. jangan lupa plan trip kita ke jakarta ye kak.. sampai jumpa lagi.. bye
dalam kelas ini juga dihadiri oleh student saya faiza yang menyambung kelas Fondant cake dan belajar membuat cake hantaran.
Para hubby yang mendampingi ikut active sebagai juru ambik gambar hehehe..ketiganya asik belajar membuat sendiri royal icing dan mendeco Fancy cookies.

Minggu, Mei 24, 2009

Kelas Intensive Fullcake Decorating


From : Soraya Ahmad Nasir
to : lovelianacakes@gmail.com
date Tue: May 26, 2009 at 6:05 PM
subject : Cupcake class

Kak liana,

Saya soraya.

Saya enjoy setiap saat di dalam kelas kelmarin. Seronok!! Lepas ni semangat la mendecor.. Jeng jeng jeng.. !! Tunggu!! :D

Nanti kalau akak nak buat kelas coklat beritahu lah ye. Kot2 saya free boleh join.

Sedap coklat akak tu :D

Akhir kata, tq very much ya! :) take care

Thank you & Best regards,

Soraya Ahmad Nasir

Minggu, Desember 14, 2008

Cupcakes & Fancy Cookies Class

Kelas Cupcakes dan Fancy cookies 14 dec 2008 agak ramai jugak, ada 10 org yang attend dalam kelas nie, yang 5 orang tak nampak sebab tengah bussy melanjutkan kelas intensive fullcake decorating mereka, kelas berlangsung meriah dan semua student happy dengan cupcakes serta cookies yang mereka buat :-))


Terbukti memang Kelas Cupcakes dan fancy cookies tu Fun kan..boleh jadi ubat penghilang stress hehehe..cuba baca email dari seorang student yang join kemarin :-)

2008/12/14 Fadilah Mohamad kiez03@yahoo.com
Salam,

Saya Dilla dari Melaka yg datang untuk belajar fancy cookies & cup cakes siang tadi.Sorry sbb x sempat nak ucap terima kasih banyak2 pada Ayu sbb nak kejar bas balik ke Melaka.(Esok keje kannn : ) )

Anyway saya & Aida akan datang balik nnt sbb nak belajar buat Wedding & Novelty cake pulak.

Apa2 pun Terima kasih dan senang belajar dgn Ayu... Hujung minggu nie ade kenduri aqiqah anak saudara...nak try buat cup cake laaaa...

Wassalam,

Dilla

Sabtu, Desember 13, 2008

Intensive Fullcake Decorating Class

13 dan 14 Dec kelas Intensive Fullcake decorating yang saya adakan dimeriahkan dengan kehadiran Anita, Siti Hajar dan Yus dari Melaka, Normila dari roub Pahang dan Alima.serta ita dari puchong.tak lupa juga Azizah dari KLDalam kelas Intensive fullcake decorating ini setiap student akan belajar 7 jenis kelas sekaligus, mulai dari membuat cake hantaran bentuk Basketweave, membuat pelbagai jenis cake utk kanak-kanak dengan pelbagai theme iaitu Novelty cake, mendeco Barbie Cake dengan sugarpaste/roleld fondant, mendeco pelbagai jenis cupcakes untuk wedding gift,birthday, baby shower,etc, melukis fancy cookies dengan royal icing dengan pelbagai bentuk dan mendeco 3 tier weddingcake dengan method steamed buttercream..sangat lengkap, mudah , murah!!.
2008/12/15 nor azizah abdul wahab
Salam Liana,
Azizah nak ucapkan berbanyak terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan semalam semasa kelas steam buttercream. Anak-anak Azizah semuanya excited dan kagum dengan mamanya. Azizah berikan sedikit pada kawan-kawan & jiran untuk dirasa.

Resipi Loveliana cakes memang sedap. Tapi bila org bertanya harga untuk satu kek steam buttercream, ternganga Azizah nak jawab sebab tak tahu. Nak tanya Liana bagi tau agak-agak berapa kiranya untuk 1 kg. Kalau nak canggih2 Azizah recomendkan Loveliana Cakes la jawabnya.

Terima kasih.
Azizah
p/s - looking forward for any interesting baking class wi Loveliana in future


Waa..saya banjir email dari student2 saya yang telah berpuas hati dengan kelas2 yang mereka ambil, Alhamdulillah..sesungguhnya saya sangat bersyukur kepada Allah,sekiranya saya masih dapat berbagi skill saya yg tidak seberapa ini dan terimakasih saya kepada semua student yang telah sudi datang ke gubug saya..kepada para student saya berpesan utk selalu practice kat rumah yea..selalu rajin mengulang tehnik2 yang sudah diajarkan..ingat " practice make perfect!" jangan sia2kan wang yang sudah dikeluarkan utk belajar, sabar dan tabah, jgn lekas down, hilang mood, bila hasil yang dibuat tak cantik, cuba terus, sahut cabaran2 dari para customer dan doa saya semoga Ilmu ini membawa berkat dalam kehidupan kita .amiin..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin