Kamis, September 25, 2008

Aneka Fancy Cookies


Fancy Cookies bertema hari raya sesuai utk dibagikan kepada kanak-kanak ..


Minggu, September 21, 2008

Edible number One!!

Photocake for Khalis Damia yang cuteee...di order Mama tercinta untuk merayakan birthdaynya yang ke 1 Tahun.requestnya bentuk No. 1....colourfull dan ceria sekali, serasi dengan keceriaan senyum Khalis Damia yang sentiasa terkembang menggemaskan!!


Jumat, September 19, 2008

Kelas Cake Decorating

Ups semakin dekat ke hari raya, semakin bertambah sibuk para student :-) sehingga di minggu ini hanya Aisyah yang memutuskan untuk belajar mendeco cupcakes sendiri sementara ketiga student lain yg sudah mendaftar dan membayar fee kelas lebih dulu, baru akan join dalam kelas cake deco di minggu terakhir bulan puasa ini, "biar cakenya boleh buat untuk hari raya sekalian" kata Zurina,Ida dan Asma hahahaha..ada2 sahaja
Aisyah happy dengan cupcakes cantik yang sudah siap di deco,beliau firsttime belajar mendeco cupcakes tapi sudah dapat membuat hiasan yang cantik2 :-))
Pelbagai hiasan yang dipelajari Aisyah, ada bentuk ketupat dan masjid yang dibuat daripada fondant dan clown serta roses flower dari buttercream. sangat sesuai utk disajikan dihari raya,

Rabu, September 17, 2008

Photocake Minggu ini

Person of the year!!!..ini pula photocake yang ditempah Nisma utk bagi surprise kat BF tercinta..saya buatkan photocake dengan tema "Tennis Magazine". coz BF Nisma hobbynya main tennis laa.. tu semua gambar tu dapat dimakan sebab terbuat dari icing..best kan!!
Happy Birthday yang ke 5Th ,auntie ucapkan utk Farah Nazira, untuk adik nazira yang cute ini,auntie bagi Tiara juga yea,sehingga nampak semakin cantik macam princess Barbie tuu :-))

Selasa, September 16, 2008

Photocake for Yasmeen

Thanks to my regular customer Aniey cantik yang sudah menempah photocake ini utk hari jadi yasmeen yg cute. saya buatkan sebijik cake coklat moist dengan hiasan gambar edible princess yang di combine dengan gambar yasmeen.dengan pilihan colour yang ceria untuk kanak-kanak perempuan..Alhamdulillah mama yasmeen sukaaa...:-))


Berikut adalah comment dari Aida /mama yasmeen

Aida said...
Askum..kak ayu...saya aida mama yasmeen. Thanks for the lovely cake..everyone love it..especially yasmeen..the party berjalan lancar dan tetamu semua puji cantik dan maybe ade yg nak tempah photcake jugak..terima kasih la..make the party happening..

Thanks a lot..

mama yasmeen
Aug 10, 2008 9:05:00 PM

------------------

Ayu Liana : Wa'alaikumsallam Aida..Alhamdulillah sekiranya Yasmeen dan tetamu suka..salam untuk yasmeen..selamat harijadi semuga yasmeen menjadi anak yang saleha dan cantik macam mama-nya yaaa..:-))

------------------------------------------------

Comment berikutnya dari http://www.cakecentral.com/

http://www.cakecentral.com/modules.php?name=gallery&file=displayimage&pid=1257718
kcw551 says:
This is wonderful! What little girl wouldn't love this?!?
August 23rd, 2008

ILE says:
very nice i like it. where would i get a edible image? do they sell a copy machine do you please my email ile316@aol.com thanx
September 1st, 2008

Email dari Customer

3 Tier Wedding cake beserta Cupcakes dengan hiasan roses yang ditempah Puterry

Rasanya tiada yang lebih membahagiakan utk tokey kuwe, apabila ada customer bagi feedback yang positive bagi kita yea...hehehe seperti email dari Puterry ini :-))...

Date:Thu, 17 Jul 2008 09:03:29 -0700 (PDT)
From: "Miss Puterry"
Subject:Gambar kek
To: loveliana23@yahoo.com.my

Salam kak liana,

sy pu3 yg dulu beli kek kat akak masa kenduri bulan 6, ingat lagi ke... ni saya baru nk emel sbb selama ni asik terlupaa jek. ehehhe...selamat abes dah kek and cupcakes tu suma..ehehe
terima kasih untuk kek yg cantik ni..

Regards,
Puterry

Senin, September 15, 2008

DORA cake (again)

Mendeco Novelty cake selalu menyenangkan, mewujudkan fantasy kanak-kanak kita yang masih selalu ada didalam jiwa....tentang semua taman yang ditumbuhi dengan banyak bunga berwarna warni, diserikan dengan hadirnya rama-rama.. yang terdengar gemercik sungai biru mengalir tenang, menuruni jeram diantara tebing2 tanah, dan itik yang berenang dengan ceria..

Novelty cake kali ini bertema Dora (again), request my "cute" customer, Nur Farzana Alya (4thn) "ada DORA naik bicycle" :-))....
Date:Sun, 31 Aug 2008 00:17:09 -0700 (PDT)
From:"adeque"
To loveliana23@yahoo.com.my
Subject DORA cake (again).

Hi Ayu, Thanx for the wonderful cake. My Alya really loves that cake.-
Mama Alya-

Minggu, September 14, 2008

Promo Cake/Cupcakes Stand terbaru..!!

Aww..bestnyerr..tempah Cupcakes/cake akan dipinjamkan cake stand yang cantik2 ini..Kini terbaru cake/cupcakes stand di Loveliana Cakes..dilengkapi dengan lampu dan hiasan crystal.
Roses..roses
Thanks to my customer yang setia,zana Apricot,saya sangat bahagia diberikan kepercayaan utk menyediakan cake bagi beliau mulai dari cake tunang,cake hantaran dan kini wedding cake.semuga Zana sentiasa dimurahkan lagi rezekinya oleh Allah..amiin
3 Tier Wedding Cake for zana apricot

2 Tier Wedding Cupcakes for zana apricot

3 Tier Wedding Cupcakes

3 Tier Wedding Cupcakes
3 Tier Wedding Cupcakes

Tamu dari Port Dickson

Setelah Join dalam kelas Cupcakes dan Cookies Decorating sabtu 12 sept 2008, Asma dan Zurina memutuskan utk terus join lagi dalam kelas Private FullCake Decorating belajar 7 jenis design cake yang biasa diselesaikan dalam masa dua hari (kelas Intensive) namun mengingat masa ini adalah bulan puasa dan keduanya masih bekerja,maka kelas boleh dibuat secara flexible,mengikut kelapangan yang mereka ada, so hari ini dimulaikan dengan kelas Barbie doll Fondant cake, photocake dan basketweave with handle dan saya gembira,karena kembali menerima student dari jauh, kali ini datang dari Port Dickson, Kak Maizita yang awet muda..dan sabrina. Senyum manis Zurina ,Sabrina, Kak Maizita serta Asma setelah selesai mendeco barbiecake,Photocake dan Basketweave with Handle.hilang segala rasa penat dan lelah manakala menatap cake2 yg cantik2 nih hehehe..
Basketweave by Kak Maizita, ternyata promo dari Loveliana Cake bahawa anda yang beginnerpun garenti dapat mendeco dalam masa sekejap sahaja setelah join dalam kelas kami bukan hanya sekedar slogan kan kak.."ianya memang menjadi kenyataan!" kata kak maizita..hehehehe..dalam kelas ini student akan diajarkan dari basic, cara2 melayer cake dan beri filling,cara menyapu cake, membuat anyaman basket, membuat daun,arrange flower, dan mendeco tangkai basket..sangat cantik untuk dibuat sebagai hantaran perkahwinan...
Barbie doll Fondant cake by Asma..sweet dengan pilihan colour purple mix pink,perhatikan corak pada skirt yang begitu cantik.
Ini Pula Barbiedoll Fondant cake by Zurina, ceria dengan colour merah menyala..:-)
Photocake by Sabrina bergambar diri sendiri..akhirnya setelah 4 x roses flower yang dibuatnya kena reject cikgu, berjaya juga sabrina membuat roses flower yang cantik :-))..mintak maaf kepada student2ku..cikgumu terpaksa harus bersikap garang sebab inginkan yang terbaik bagi semua student..apabila cikgu merasa belum puas hati dengan hiasan yg kalian buat, siap2lah kena reject dan kena suh buat lagi walaupun berkali-kali yea..sabar..sabar....:-))
Secara keseluruhan inilah semua cake yang sudah dideco oleh ke 4 student tsb,hanya dalam masa 1 hari boleh buat cake secantik dan sebanyak ini kan :-) kelas start pada pukul 11.30.siang dan selesai dalam Pukul 4 petang.

Sabtu, September 13, 2008

Photocake Sofea Alisya

Thanks to Pn.Siti Norbaya yang telah menempah photocake bertema barbie utk harijadi sofea Alisya Yang ke 5Th.
Requestnya sebuah cake dengan tema barbie yang girlie dan full colour !! :-))
Chocolate moist cake seberat 2kg with cherry soft buttercream

Kelas Cupcakes N Cookies Decorating

Untuk mengisi masa lapang dibulan puasa , memang best attend kelas cupcakes and fancy cookies ini :-)) selain dapat sejenak melepas stress di office juga dapat menambah ilmu yang berguna utk keluarga dan juga untuk menambah pendapatan sampingan. Tengok kawan2 kita nie happy betul dah dapat deco cookies dan cupcakesnyerrr...:-))
Parade Cookiesnyerr plak..cantik2..kaaannnn...
Smileee..jangan tak smilee yea..rasa penat, haus dan lapar jadi hilang berganti happy bawa pulang cupcakes cantik2..:-)
Raya nie..bolehlah buat cupcakes plak dan dibagikan kepada para tetamu..hehehehe..

Flower Basketweave & Photocake

Thanks to Pn.Naza yang sudah order photocake dengan gambar putera tersayang di combine dengan elmo..tokoh cartoon kesayangan fakhry...:-))
wow..party pasti jadi lebih meriah dengan kehadiran cake dan cupcakes dengan colour sedondon ini :-))..merah membara beb!! :-))
Kali ini dapat order dari customer, Cake basketweave untuk dijadikan cake hantaran dengan tema gold colour,orange roses flower dan basketnya berbentuk heart/love.

Kamis, September 11, 2008

Kelas Cupcakes N Cookies Decorating

Alhamdulillah, terimakasih saya ucapkan utk sambutan dan support daripada kawan2 disini yang tetap semangat untuk join dalam kelas-kelas cake decorating yang saya adakan, walau dalam kesibukan mempersiapkan segala tempahan untuk hari raya, saya tidak begitu banyak lagi membuat kelas2 dibulan puasa ini, namun sesekali dengan kehadiran kawan2 dalam kelas saya sungguh membuat saya happy :-)saya juga memohon maaf kepada kawan2 yang sudah request untuk belajar cake deco pada bulan puasa terpaksa banyak yg saya tangguhkan, dikarena saya kesuntukan masa.InshaAllah lepas raya nie kita go on lagi yea..hehehehe..
Kelas Cupcakes dan fancy cookies kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Zura dan Ira.keduanya adalah BEGINNER ,sehingga saya harus mengajar mulai dari basic sekali,mulai dari teory dan pengenalan dengan pelbagai macam2 bahan2 mendeco yang digunakan dalam kelas ini,dan Alhamdulillah hasilnya tidaklah mengecewakan saya,dengan method yg simple dan mudah yg diajarkan,keduanya cepat sekali pandai, tengoklah hasil2 deco mereka pada cupcakes dan fancy cookies yang begitu creative dan cute!!
Dalam kelas ini Zura dan Ira belajar membuat pelbagai hiasan cupcakes dengan fondant, membuat hiasan lainnya termasuk roses dengan buttercream dan mendeco dengan edible image

Sabtu, September 06, 2008

Photocake untuk Papa

Thanks to Pn.Runaida yang udah order photocake ini utk merayakan hari jadi suaminya. utk edible nya liana combine gambar hubby pn. runaida dengan puterinya dengan background bernada colour2 yang ceria. tak lupa sejambak pinki roses flower dibahagian bawah sebagai tanda sayang pn.runaida utk hubby dan puteri tercinta

Selasa, September 02, 2008

Barbie Doll Fondant cake class

Kelas Malam-Barbie Fondant Class, dalam kelas ini student akan akan diajarkan cara2 utk menutup cake dengan fondant,cara mengcolourkan dan membentuk skirt,baju,hiasan pada cake barbie Barbie Cake by Ita
Barbie cake by Ida

Senin, September 01, 2008

Mendeco bersama si kembar

Seronok sangat mendeco bersama si kembar Ida dan Ita, karena kesibukan bekerja,keduanya yang join dalam kelas Intensive fullcake decorating mengambil masa belajar pada malam hari setelah selesai balik kerja. keduanya mudah mesra dan selalu ceria, banyak cerita yang dikongsi bersama, jom kita nikmati sebahagian gambar2 project cake deco yang sudah mereka selesaikan. Pada hari pertama kelas start pada pukul 8 malam, Ita dan Ida telah belajar mendeco basketweave with handle yang cantik ini.
Pada hari kedua Ita dan Ida,belajar mendeco Novelty cake dan photocake,Novelty cake Ita bertema Dora sedangkan novelty cake Ida bertema Strawberry shortcake.
Ketika belajar mendeco photocake, Ida menghias photocakenya dengan gambar rumah parents mereka di Tangkak,sementara Ita menghias photocakenya yang berbentuk bunga ini dengan gambar anak sahabatnya.
Tibalah masanya Ita dan ida belajar mendeco 3 Tier weddingcake, bab ini baru terasa ketar ketirnya kata ita, wajar sahaja coz ini firsttime bagi ita dan ida belajar mendeco,ketika belajar menyalut weddingcake dengan method steamed buttercream semua berjalan dengan lancar karena method ini sangat mudah, yang agak memakan masa adalah bab membuat flower, syukur Alhamdulillah akhirnya mereka berdua dapat menyelesaikannya.weddingcake diatas dideco oleh ida

3 tier weddingcake by Ita.
Menurut pendapat saya, cake2 yang sudah di deco oleh mereka cukup cantik.tak sangka dideco oleh seorang yang awalnya zero dalam bab mendeco hehehe..hanya sahaja utk mendapatkan lagi hasil2 deco yg lebih sempurna, ida dan ita kena banyak2 practice dirumah yaa...:-))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin