Minggu, Juli 20, 2008

Kelas Di Johor Bahru

Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur kepada Allah dan ribuan terima kasih saya haturkan kepada para student yang telah sudi join dalam kelas saya, terutama kepada kakakku Pn.Maznah dan adikku Nana serta Nalin ,yang telah banyak membantu atas terlaksananya kelas Cake decorating Johor Bahru pada tarikh 19 dan 20 July 2008 kelmarin. Kelas Berlangsung dengan sukses dan selesai dengan meninggalkan semua kenangan indah yang tiada mungkin akan terlupakan selamanya oleh kami semua :-))
Senyum Happy para peserta dihari pertama (19 July 2008) yang berjaya mendeco 4 design sekaligus, basketweave with handle,novelty cake, cupcakes dan fancy cookies.
Dihari kedua 20 July 2008 para student telah mendeco 2 tier wedding cake, cake hantaran dengan method steamed buttercream dan barbie cake yang cantik2 ini
Adikku Nana yang telah menjadi host terbaik bagi kami semua, bergambar dengan ceria serta cake2 yang telah beliau deco dengan cantik!!
Parade Miss Barbie Cake dan Cake hantaran serta 2 tier wedding cake . Disela-sela mengajar saya sempatkan menerima order dari warga JB sendiri. kesempatan ini saya gunakan utk menguji sampai dimana kemahiran para student setelah mereka belajar. saya berikan kepercayaan kepada 2 orang student utk mendeco barbie cake ini,dan ternyata hasil kerja Zai serta Ayumi/Amoy tidaklah si-sia..cake nampak cantik dan menyelerakan :-))
Salah satu hasil karya student yang begitu kreatif..-))..Pn.Fadzilah menggunakan Dust colouring utk memberikan kesan glitter/mengkilat pada skirt barbienya .
2 Tier wedding cake yang dibuat Zai dengan method steamed buttercream..
Pelbagai Cupcakes yang di deco dengan sugarpaste dan buttercream oleh para student
Cake Hantaran style Basketweave with handle and Novelty cake dengan tema Naruto, Thomas and friend dan Dora karya para peserta.
---------------------------------------
Date: Sun, 20 Jul 2008 19:56:36 -0700 (PDT)
From: "dyermaker"
To:loveliana23@yahoo.com.my
Subject: Kelas Di Johor Bahru.

salam sayang kak ayu,terima kasih banyak. tak sangka dalam tempoh satu hari aza boleh belajar 4 jenis cakes deco. suami aza impressed banget.. tak sangka isterinya ada bakat tersembunyi... hehehe. and fyi, cupcakes baby mat salleh tu sampai hari ini tak boleh dimakan!! anak saya yg kecil (2tahun) kata itu adik dia!!! hahaha... terkilan tak dapat join kelas untuk barbie, wedding / buttercream... cantik sekali hasil deco anak2 murid kak ayu! thanks kak ayu, no i know i have talent that need to be poished... muah3.

salam sayang from jb~
--------------------------------------------
To:"Loveliana"
Subject: class JB
From:"Fadzilah Bte Abd Samad"
Date: Mon, 21 Jul 2008 14:27:26 +0800

Assalamualaikum Ayu, Banyak-banyak terima kasih kepada Ayu yang tanpa penat lelah dan begitu sabar mengajar kami di JB hujung minggu lepas. Moga ilmu yang diajarkan di barakahi oleh Allah dan berkat itu sampai kepada kedua-dua Bu Guru & murid2nya... Aduh penat sekali 2 hari penuh berkejar untuk menimba ilmu & pengalaman tetapi setelah melihat hasilnya semua lelahku terasa kurang dan ringan sekali dan dengan semangat baru saya terus menyiapkan tempahan yang bakal di bawa ke pejabat keesokan harinya. Selepas dari pulang kelas terus mengemas rumah dan terus menghias dari sekitar jam 9 malam. Nah lihat lah hasilnya, tidak sia-sia apa yang diajarkan oleh Ayu, telah ku aplikasikan seperti yang terlampir bersama email di bawah ini. Saya sungguh berterima kasih kerana cara pengajaran Ayu memang mudah difaham dan detail sekali, saya yakin ini adalah karena Ayu memang ikhlas & tidak lokek untuk menurunkan ilmu yang ada. Allah rahmati kamu dan keluarga mudah-mudahan. Syabas dan teruskan usaha murnimu itu!! Walau tidak semahir Ayu, saya bersyukur kerana customer berpuashati dengan hasil kerja hiasan semalam, Alhamdulillah. Mungkin saya perlu order photo print image atau apa saja keperluan lainnya yang tidak terdapat di sini dari Ayu, nanti bila tiba waktunya saya akan hubungi Ayu okkk.. Nanti kalau ada buat kelas lagi di Johor Bahru tolong khabarkan ye! Kita jumpa lagi di lain waktu, InsyaAllah.
Sekian, Wassalam.
Thank You & Best Regards,Fadzilah A. Samad

----------------------------------------------------

Alhamdulillah teruja sekaligus terharu dengan email2 daripada para student saya di JB kelmarin, dan salah satu student (fadzillah) telah pula mengirimkan gbr cakenya yg sudah di hias cantik! memang terpegun dibuatnya! congrats Fadzilah,Aza dan Zai..saya doakan semuga terus berjaya dan bisnes semakin maju yea. salam manis :-))

3 komentar:

  1. salam sayang kak ayu,

    terima kasih banyak. tak sangka dalam tempoh satu hari aza boleh belajar 4 jenis cakes deco. suami aza impressed banget.. tak sangka isterinya ada bakat tersembunyi... hehehe. and fyi, cupcakes baby mat salleh tu sampai hari ini tak boleh dimakan!! anak saya yg kecil (2tahun) kata itu adik dia!!! hahaha... terkilan tak dapat join kelas untuk barbie, wedding / buttercream... cantik sekali hasil deco anak2 murid kak ayu! thanks kak ayu, no i know i have talent that need to be poished... muah3. salam sayang from jb~

    BalasHapus
  2. salam kak ayu :-)

    seronok bercuti ke jakarta? banyak shopping x? hehehe.. anyway saya pun ingin berterima kasih yang amat sangat dengan segala tunjuk ajar sewaktu kelas di JB kelmarin.. moga kak liana menghalalkan segala ilmu agar kami para student mendapat manfaat.. kindness Pn. Nana and family pun takkan saya dan adik saya lupakan.. peluk cium buat kak liana..

    Lynn & Liza

    BalasHapus
  3. salam kak ayu,
    saya tak sempat lagi nak berterima kasih pada kak ayu yg mengajar saya dalam kelas intensive deco pada 2-4 November 2008. Selepas hadir kelas kak ayu, saya lebih yakin untuk terima tempahan. terima kasih banyak2. method yg kak ayu ajar memang mudah difahami dan dipraktis..

    terima kasih sebab kak ayu letak link saya dalam student list tapi saya base di bandar sunway, petaling jaya bukan di melaka =D
    terima kasih sekali lagi

    Norliza Othman
    http://berryliciouscakes.blogspot.com

    BalasHapus

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin