Hehehe sejujurnya 2 hari ini , saya tengah berseronok dengan shikin sekeluarga yang datang dari Batu Pahat Johor untuk join dalam kelas Intensive Fullcake Decorating, Shikin datang dengan 2 orang anak daranya yang cantik2 shasha dan yuyul, shikin yang masih awet muda ini ( bener kin, kamu cantik sekali ,ayo donk bagi saya resepi awet mudanya hahaha) ditemani oleh sahabatnya rose dan anak sedaranya finas. semua mengaku zero knowledge dalam mendeco cake namun saya cukup happy mengajar mereka dalam suasana kelas yang sungguh enjoy dan rilex.ada banyak cerita yang kami kongsi bersama diselingi oleh gelak tawa dan canda..
from U. Nor Ashikin U. Ahmad
to lovelianacakes@gmail.com
date Fri, Jul 10, 2009 at 9:04 AM
subject Terima Kasih
Salam buat Liana yang sentiasa ceria,
Kami telah selamat sampai jam 1 pagi, dari rumah liana saya ke KL semula makan-makan, sama shasha kerana semalam bday shasha. Terima kasih yang tak terhingga untuk saya, ucapkan untuk Liana kerana tidak lokek dan tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya.
Walaupun penat tapi sungguh enjoy.
Hari ini saya membawa hasil kerja ke pejabat untuk ditujukkan kepada rakan-rakan ada yang, sudah bertanya berapa harga kalau hendak tempah. Hehehee malu gak maklumkan baru
tak pernah deco pun selama nie. Mereka terkejut lihat hasil sebegitu hanya dengan 2 hari, belajar sahaja.
Terima kasih sekali lagi yer Liana. Pasti saya akan datang lagi ke kelas deco yang lain. Saya doakan Liana akan sentiasa sukses. Sampai Jumpa Lagi. Maaf yer kalau ada kelakuan atau tutur kata yang tidak disenangi.
Bye and Take Care
Shikin.
Thanks so much dear Ayu for sharing the knowledge... berguru tiada penghujungnya ... kita mempelajari sesuatu yang baru dari setiap guru yang berbeza.... really nice knowing you.. you have your own special skills in cake decorating ... keep it up !
BalasHapusLove,
Daalia
USJ