Kamis, November 29, 2007

Kelas Cupcakes dan Cookies Decorating

Hiasan Cupcakes Yuzie dan Ira,ceria dengan banyak warna ...!!
Kelas Cupcakes dan Cookies Decorating awal disember di Loveliana Cakes di mulaikan dengan kehadiran Puan Ira dan Puan Yuzie..jangan salah sangka ya, kedua-dua ibu muda yang cantik2 bagaikan anak dara ini sudah memiliki putera dan puteri yg cute :-)..demi putera puteri tercinta mereka berdua sanggup belajar menghias cupcakes dan cookies deco sehingga nantinya dapat membuatkankan sendiri cupcakes yang cantik2 utk anak2 tersayang dirumah..:-)

Ira said...
hi lyana,rasa mcm tak percaya saya n yuzie buleh buat deco cupcakes mcm tu dlm masa yg singkat....TQVM liyana kerana sudi ajar n layan kami dgn baik sekali.tak rugi blajar dgn liyana nih....insyaallah ada masa next time kita jumpa lagi yer...

ira
Dec 3, 2007 9:50:00 PM
--------------------------------------------------------
yuzie said...
Mmg best sgt join kelas ni..Liyana pun baik banget..mmg berbaloi saya sertai kelas ni..bnyk tips yg Liyana berikan..lepas ni boleh la selalu buat cupcake cantik2 utk anak2 kat umah.Insya-Allah jika ada rezeki..saya nak join kelas yg lain pula.Thanks Liyana dia atas tunjuk ajar dan layan yg begitu mesra.
Dec 9, 2007 5:16:00 PM


-----------------------------------------------------------

Minggu, November 25, 2007

Kelas Cupcakes and Cookies Decorating

Cupcakes yang dihias oleh Puan Nordzihad..cantik dengan permainan colour yang ceria


From: Nordzihad azie@xxxx.com.my

To: Loveliana loveliana23@yahoo.com.my

Sent: Tuesday, November 27, 2007 9:04:00 AM

Subject: kelas cc isnin 26 nov 07

Hai ayu,
Semalam adalah kenangan yang paling manis dah terindah dalam hidup saya.Tak pernah rasanya termimpi dapat pelajaran yg sungguh bermakna sekali.Rasa tak percaya saya dah pandai deco cupcake.Walaupun mula2 kekok, tapi saya berazam akan buat sampai pandai.

Ayu pun ramah sekali. Tak taula kenapa saya tak belajar dari dulu lagi. Kalau tau begitu fun dan seronok sekali dah lama saya belajar dengan ayu. Itula takut sangat tak dapat tangkap apa yang org ajar. Rupanya tak la begitu payah ye, nama pun belajar.Masa belajar tak sedar dari pagi tau2 dah petang je. Sampai tak ingat apa yg berlaku keliling.

Tahu tak ayu, lepas balik dari umah ayu semalam cupcake saya simpan terus dalam bilik dapur. Kunci siap pintu dia. Sebab kena tunggu asben balik pukul 9, nak tunjuk pada dia.Kalau anak saya nampak habisla kena ngap pukul 6 ptg tu.Bila tunjuk kat
anak apa lagi, semua kata cantiknya mama..mama wat ye..nak.nak...sekejap je dah abis 2 ketul. Cookis tu pulak, sekelip mata dah tamat, sebab cantik & manarik sungguh..Mama dia terkebil-kebil je, nasib baik dah ambik gambar..ha..ha..

Ayu, terima kasih banyak2 ye.Kalau ada masa saya kan ikuti kelas yg lain pulak.

Salam

Nordzihad

Ayu Liana : Alhamdulillah sekiranya kelas ini dapat bermanfaat untuk Puan, terimakasih saya yang tak terhingga kepada puan yang telah sudi joint dalam kelas saya, InsyaAllah dilain kelas kita akan berjumpa lagi :-)..salam untuk family,pastinya anak2 dirumah bangga dengan mamanya yang kini dah dapat menghias cupcakes yang cantik2 :-)

Kamis, November 22, 2007

Bday Cake Untuk Yatie

Ungkapkan kasih sayang anda dengan memberikan hadiah berupa photo cake untuk orang-orang tercinta,berikan surprise yang pastinya tak akan terlupakan.sepanjang hidup mereka :-)

Cake ini di order someone utk kekasih hati? saya buatkan chocolate moist cake dengan filling strawberry, edible image saya print dengan meng-combine photo sang gadis dengan bintang cartoon winnie the pooh kesayangannya..hiasan yang unique disisi cake adalah white choco yang dibentuk flower embroidery,sejambak rose flower mewakili rasa sayang si pemberi...:-)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin